PILIHAN 1 - KEMAHIRAN TEKNIKAL
Bidang Kemahiran Teknikal ini merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dalam lukisan teknik, elektrik dan elektronik. Melalui lukisan teknik, murid mampu menghasilkan lukisan projek. Mereka juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan elektrik dan elektronik dalam kehidupan harian.
Bidang ini juga menyediakan murid dengan pengetahuan peringkat awal dalam asas elektromekanikal dan enjin satu silinder empat lejang. Dengan demikian murid boleh membanding beza antara sistem elektromekanikal dengan sistem mekanikal di samping mampu membuat kerja penyenggaraan enjin mudah. Unit Perniagaan dan Keusahawanan menyediakan pengetahuan kepada murid bagi membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang perniagaan atau keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini.
1.1 Lukisan Teknik
a) Lukisan isometrik
b) Lukisan hamparan
c) Lukisan keratan penuh
1.2 Elektrik
a) Jenis litar elektrik
b) Penggunaan meter pelbagai
c) Unit kawalan utama bekalan elektrik domestik
d) Kuasa elektrik
1.3 Elektronik
a) Nama, simbol dan fungsi komponen
b) Membaca dan menterjemah litar skematik
c) Penghasilan projek
1.4 Asas Elektromekanikal
a) Pengenalan pergerakan mekanikal
b) Pengenalan pergerkan elektromekanikal
1.5 Enjin
a) Jenis dan kegunaan pengikat dan pencantum
b) Bahagian luar enjin
c) Bahagian dalam enjin
d) Edaran enjin empat lejang
e) Sistem enjin
f) Menservis enjin
1.6 Perniagaan dan Keusahawanan
a) Pengenalan kepada perniagaan
b) Asas keusahawanan
c) Konsumerisme
PILIHAN 2 - EKONOMI RUMAH TANGGA
Bidang Ekonomi Rumah Tangga menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai makanan dan pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan jahitan.
Murid diberi pengetahuan mengenai diet dan pemilihan menu yang seimbang untuk merancang kerja dan menghasilkan masakan seperti kuih tempatan, bater, kek dan biskut serta hidangan utama dan sampingan. Murid juga berpengetahuan dalam pemilihan stail pakaian serta menghasilkan artikel dan pakaian. Unit Perniagaan dan Keusahawanan menyediakan pengetahuan kepada murid bagi membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang perniagaan atau keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini.
Bidang ini juga membolehkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menimbulkan minat murid untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya berkaitan.
2.1 Pemakanan dan Pengurusan Sajian
a) Diet seimbang
b) Perancangan Menu
c) Prinsip memasak
d) Kaedah memasak
e) Penyediaan dan penyajian makanan
f) Reka cipta resepi
2.2 Barter
a) Pengertian
b) Jenis barter
c) Penyediaan makanan
2.3 Kuih Tempatan
a) Pengertian
b) Sumber
c) Penyediaan makanan
2.4 Biskut dan Kek
a) Kaedah gaul dan ramas
b) Kaedah putar
c) Kaedah enjut
2.5 Pakaian
a) Fabrik
b) Kesesuaian pakaian
c) Penjagaan pakaian
2.6 Jahitan
a) Proses jahitan
b) Penghasilan projek jahitan
2.7 Perniagaan dan Keusahawanan
a) Pengenalan kepada perniagaan
b) Asas keusahawanan
c) Konsumerisme
PILIHAN 3 - PERTANIAN
Bidang Pertanian memberikan penekanan kepada lima tajuk iaitu Tanaman Sayuran, Haiwan Kesayangan, Ternakan Ikan Air Tawar dan Landskap. Murid akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran praktis yang berkaitan dengan aktiviti membuat kompos, mengusahakan tanaman sayuran, memelihara haiwan kesayangan, melakukan aktiviti menternak ikan air tawar dan perlandskapan. Pendedahan kepada asas perniagaan dan keusahawanan dalam bidang pertanian juga diberi penekanan. Murid-murid dipupuk dengan nilai-nilai murni iaitu sikap penyayang, penyabar, tekun, berdikari, kreatif, produktif, mencintai alam sekitar dan mengamalkan budaya mesra alam.
3.1 Kompos
a) Pengenalan
b) Bahan membuat kompos
c) Pengurusan
d) Penggunaan
3.2 Tanaman Sayuran
a) Jenis sayuran
b) Penyediaan tanah
c) Penanaman
d) Penjagaan
e) Pemungutan hasil
f) Giliran tanaman
3.3 Haiwan Kesayangan
a) Pengenalan
b) Pemilihan haiwan kesayangan
c) Perumahan
d) Penjagaan
e) Kebajikan haiwan
3.4 Ternakan Ikan Air Tawar
a) Pengenalan
b) Sistem penternakan
c) Penyediaan kolam atau tangki
d) Melepaskan benih ikan ke dalam kolam atau tangki
e) Pengurusan ternakan
f) Pemungutan hasil
g) Pemasaran
h) Pengiraan kos
3.5 Perlandskapan
a) Pengenalan
b) Tanaman dalam landskap
c) Reka bentuk landskap
d) Pembinaan landskap
e) Penyenggaraan
3.6 Perniagaan dan Keusahawanan
a) Pengenalan kepada perniagaan
b) Asas keusahawanan
c) Konsumerisme
PILIHAN 4 - PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
Bidang ini menyediakan murid dengan pengetahuan serta amalan perniagaan dan keusahawanan yang melibatkan pengurusan dan etika perniagaan, dokumen perniagaan, menyimpan rekod, pengeluaran, konsumerisme, pemasaran dan simpan kira. Tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikpa seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Murid juga boleh bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.
4.1 Pengenalan Kepada Perniagaan
PILIHAN 4 - PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
Bidang ini menyediakan murid dengan pengetahuan serta amalan perniagaan dan keusahawanan yang melibatkan pengurusan dan etika perniagaan, dokumen perniagaan, menyimpan rekod, pengeluaran, konsumerisme, pemasaran dan simpan kira. Tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikpa seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Murid juga boleh bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.
4.1 Pengenalan Kepada Perniagaan
a) Konsep dan kepentingan perniagaan
b) Perkembangan perniagaan dan masa depannya
c) Bentuk dan jenis perniagaan
d) Milikan perniagaan
e) Faktor mempengaruhi perniagaan
4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan
a) Langkah-langkah menubuhkan perniagaan kecil
b) Pengendalian perniagaan
c) Bantuan perniagaan
4.3 Dokumen Perniagaan
a) Kepentingan dokumen
b) Jenis dokumen
c) Maklumat penting dalam dokumen
4.4 Pengeluaran
a) Pengertian pengeluaran
b) Faktor pengeluaran
c) Bidang pengeluaran
d) Kaitan pengeluaran dengan permintaan
e) Proses pengeluaran
f) Pengiraan kos
4.5 Keusahawanan
a) Konsep keusahawanan
b) Ciri utama usahawan
c) Usahawan dalam negeri
d) Peranan kerajaan dalam membantu usahawan
4.6 Pengenalan kepada Pemasaran
a) Pengertian pemasaran
b) Fungsi pemasaran
c) Objektif dan aktiviti pemasaran
d) Masalah pemasaran
e) Strategi pemasaran
4.7 Konsumerisme
a) Pengguna dan konsumerisme
b) Hak dan tanggungjawab pengguna
c) Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna
d) Peranan persatuan pengguna dan kerajaan
4.8 Simpan Kira
a) Menyimpan rekod urusniaga
b) Merekod urusniaga
c) Imbangan Duga
d) Akaun Penamat
e) Kunci Kira-Kira (Lembaran Imbangan)
b) Perkembangan perniagaan dan masa depannya
c) Bentuk dan jenis perniagaan
d) Milikan perniagaan
e) Faktor mempengaruhi perniagaan
4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan
a) Langkah-langkah menubuhkan perniagaan kecil
b) Pengendalian perniagaan
c) Bantuan perniagaan
4.3 Dokumen Perniagaan
a) Kepentingan dokumen
b) Jenis dokumen
c) Maklumat penting dalam dokumen
4.4 Pengeluaran
a) Pengertian pengeluaran
b) Faktor pengeluaran
c) Bidang pengeluaran
d) Kaitan pengeluaran dengan permintaan
e) Proses pengeluaran
f) Pengiraan kos
4.5 Keusahawanan
a) Konsep keusahawanan
b) Ciri utama usahawan
c) Usahawan dalam negeri
d) Peranan kerajaan dalam membantu usahawan
4.6 Pengenalan kepada Pemasaran
a) Pengertian pemasaran
b) Fungsi pemasaran
c) Objektif dan aktiviti pemasaran
d) Masalah pemasaran
e) Strategi pemasaran
4.7 Konsumerisme
a) Pengguna dan konsumerisme
b) Hak dan tanggungjawab pengguna
c) Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna
d) Peranan persatuan pengguna dan kerajaan
4.8 Simpan Kira
a) Menyimpan rekod urusniaga
b) Merekod urusniaga
c) Imbangan Duga
d) Akaun Penamat
e) Kunci Kira-Kira (Lembaran Imbangan)
No comments:
Post a Comment