1. REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Bidang ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi yang membolehkan murid merekabentuk dan menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif. Produk yang dihasilkan boleh berfungsi secara berkesan khususnya di tempat tinggal dan di tempat kerja. Bidang ini merangkumi teknik, operasi dan proses pembuatan yang melibatkan aktiviti seperti pemasangan, penyenggaraan dan baik pulih dalam kerja elektrik, elektronik dan paip. Murid juga didedahkan kepada lukisan teknik, penggunaan pelbagai bahan dan kemahiran dalam masakan, jahitan, mengurus tempat kediaman dan tanaman hiasan.
1.1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan
a) Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan.
1.2 Reka Cipta
a) Pengenalpastian masalah
b) Pencetusan, penjanaan dan pemilihan idea
c) Perekaan projek
d) Pemilihan reka bentuk
e) Perancangan pembinaan projek
f) Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
g) Pendokumentasian
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
a) Pengenalan reka bentuk dan teknologi
b) Faktor reka bentuk
c) Jenis bahan dan pengikat
d) Alatan tangan dan mesin
e) Proses
f) Reka bentuk projek
1.4 Elektrik
a) Sumber dan kegunaan elektrik
b) Jenis wayar dan kerja pendawaian
c) Mengira kos tenaga elektrik
d) Pengenalan motor arus terus
1.5 Elektronik
a) Nama, simbol dan fungsi komponen
b) Membaca dan menterjemah lukisan skematik
c) Penghasilan projek
1.6 Kerja Paip
a) Pengenalan sistem bekalan air di rumah
b) Jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip
c) Jenis dan kelengkapan paip
d) Kerja penyenggaraan
1.7 Lukisan Teknik
a) Alatan lukisan teknik
b) Jenis garisan
c) Unjuran ortografik
1.8 Jahitan
a) Mesin jahit
b) Penghasilan artikel
1.9 Masakan
a) Perancangan menu
b) Penyediaan dan penyajian hidangan
c) Etika makan
1.10 Tempat kediaman
a) Ruang tempat kediaman
b) Keselesaaan tempat kediaman
c) Penjagaan tempat kediaman
d) Susun atur alatan dan kelengkapan
1.11 Tanaman Hiasan
a) Pembiakan secara keratan batang
b) Penanaman
c) Penjagaan anak pokok
d) Pemasuan semula
No comments:
Post a Comment